Wednesday, November 11, 2009

Percakapan II

Bak laut, ada psg, ada surut, ada tenang, ada gelombang, yg pasti, berombak, tak henti, menempuh karang, menuju ke lautan..SM NOOR..

Pertemuan Pertama

Selepas solat isya' dia terus menghamparkan diri diatas katil. Penat rasanya seharian mengadap pelajar dikolej. Penat melayan kerenah. Penat melayan kerenah penyelia yang tidak sudah-sudah memberi arahan. Rasa sesak menyelubungi hati. Beberapa hari kebelakangan ini, dirinya rasa kosong, tertekan, rungsing dengan keadaan pejabat, diri sendiri. Bosan. Novel tulisan Sophie Kinsele "Remember Me" baru separuh mukasurat dibacanya.
Sedang ia asyik melamun, tiba-tiba terdengar bunyi mesej masuk ke telefon bimbitnya. Cepat-cepat di capai telefon bimbit untuk melihat siapakah gerangan yang menghantar mesej itu.
"Salam, hai Ati, saya Farhan." Hatinya merengus. "Sape pulak ni.." Malam-malam buat kecoh ni. Aduyai.. Tangannya bingkas membalas mesej itu. " Salam, ni sape pulak ni?'' Anak murid miss yang mana satu ni?" Mesej dibalas. " Saya bukan sesiapa, tapi saya dapat nombor awak ni dari kawan saya bernama Sarah. " Huh..mangkok mane plak nih..Main2 pulak..
" Saya Farhan, awk Ati kan?" Sy nk knl ngn awk..

Resah

Dia melihat kearah luar tingkap keretanya. Pandangannya jauh menerawang. Banyak perkara yg difikirkan. Tentang hidup, tentang masa depan, tentang apa yang dicari dalam hidup, tentang kerjaya. Benar, orang melihatnya tertawa, gembira, tersenyum..tapi hakikat dalam hati tiada siapa yang tahu apa yang difikirnya. Dia sendiri, tidak tahu apa yang difikirkan. Buntu. Fikiran buntu.
Jalan raya dihadapannya sesak dengan kenderaan. Sesekali terdengar orang membunyikan hon kereta. Keadaan menjadi sesak, lebih-lebih, waktu petang, semua orang berasak2 pulang kerumah. Matanya beralih ke jam tangan. Sudah hampir jam 7 malam. Patut lah semuanya, seolah-olah sudah hilang kesabaran. Traffic light dihadapn rosak. Keadaan makin sesak. Hatinya makin resah gelisah. "Oh, tuhan permudahkanlah urusanku ini.." Hatinya berbisik. Syukur..kereta mula bergerak perlahan-lahan.
Tepat jam 7.30malam ia selamat tiba dirumah. Skrin telefon bimbitnya diintai sekilas. Tiada mesej baru. Perlahan-lahan ia bergerak mendaki tangga rumah menuju ke bilik. Barang-barang diletak diatas kerusi. Perlahan-lahan juga ia menghamparkan diri diatas katil. Aman. Hilang sebentar rasa resah sebentar tadi.

Followers

About Me

My photo
Some people says, im too complicated, but to me, only me, know myself better..