Wednesday, November 11, 2009

Pertemuan Pertama

Selepas solat isya' dia terus menghamparkan diri diatas katil. Penat rasanya seharian mengadap pelajar dikolej. Penat melayan kerenah. Penat melayan kerenah penyelia yang tidak sudah-sudah memberi arahan. Rasa sesak menyelubungi hati. Beberapa hari kebelakangan ini, dirinya rasa kosong, tertekan, rungsing dengan keadaan pejabat, diri sendiri. Bosan. Novel tulisan Sophie Kinsele "Remember Me" baru separuh mukasurat dibacanya.
Sedang ia asyik melamun, tiba-tiba terdengar bunyi mesej masuk ke telefon bimbitnya. Cepat-cepat di capai telefon bimbit untuk melihat siapakah gerangan yang menghantar mesej itu.
"Salam, hai Ati, saya Farhan." Hatinya merengus. "Sape pulak ni.." Malam-malam buat kecoh ni. Aduyai.. Tangannya bingkas membalas mesej itu. " Salam, ni sape pulak ni?'' Anak murid miss yang mana satu ni?" Mesej dibalas. " Saya bukan sesiapa, tapi saya dapat nombor awak ni dari kawan saya bernama Sarah. " Huh..mangkok mane plak nih..Main2 pulak..
" Saya Farhan, awk Ati kan?" Sy nk knl ngn awk..

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
Some people says, im too complicated, but to me, only me, know myself better..